Misteri Sumbangan RM1 Juta Kepada Polis Johor - pakdin.my

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Lim Kit Siang mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk baik pulih balai Polis Tampoi di Johor.

Menurut beliau ini merupakan peruntukan pejabat Parlimen beliau selain peruntukan khas kerajaan Persekutuan sebanyak RM20 juta.

Sidang akhbar tersebut sangat misteri dan meragukan kerana peruntukan kerajaan persekutuan untuk baik pulih tersebut merupakan dalam bentuk tender.

Jadi RM1 juta ini diberi kepada siapa? Mustahil dimasukkan dalam tender yang bakal dikeluarkan oleh KDN nanti.

Kita juga tertanya-tanya apa motif Lim Kit Siang memberi sumbangan sebanyak 2/3 daripada peruntukan tahunan Parlimen beliau bagi pembaikan kuaters ini.

Peruntukan tahunan pejabat Ahli Parlimen PH hanya RM1.5 juta sahaja setahun. Ini bukan satu urus tadbir kewangan yang baik.

Malah Kita khuatir sumbangan ini menggunakan dana “underworld” yang akhirnya menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap pasukan polis.

Jangan nanti bila ada sahaja kegiatan haram di Johor tidak diambil tindakan maka dikaitkan dengan penerimaan sumbangan ini.

Oleh Ab Jalil Backer.

[1] Parlimen Iskandar Puteri sumbang RM1 juta baiki kuarters polis
https://www.facebook.com/214066990599/posts/10157328077765600?s=1244194023&sfns=xmwa

UTAMAPOLITIKMisteri Sumbangan RM1 Juta Kepada Polis Johor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium