Banjir Di Perlis Bertambah Buruk – 470 Mangsa Banjir Dipindahkan - pakdin.my

Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang berbanding 100 orang semalam.

Jumlah terbabit melibatkan lebih 90 buah keluarga.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.

Dua sekolah ditutup hari ini iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.

Paras air di Empangan Timah Tasoh pagi tadi dicatat 29.72 meter, melepasi paras bahaya 29.6 meter.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, enam pintu air terpaksa dibuka untuk melepaskan air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Banjir berpunca hujan lebat luar biasa sejak semalam.

 

470 Mangsa Banjir Di Perlis Dipindahkan

KANGAR, 12 Sept — Jumlah mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 470 orang sehingga pukul 12 tengah hari Isnin.

Angka itu meningkat berbanding kira-kira 350 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir pada sebelah pagi.

Mereka ditempatkan di 13 buah pusat pemindahan mangsa banjir iaitu enam pusat pemindahan di Padang Besar, empat di Arau dan tiga di Kangar.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut meninjau kawasan-kawasan yang dilanda banjir serta bertemu dengan mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil meninjau dua buah sekolah di kawasan Arau yang dilanda banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad.

Baginda berdua kemudiannya melawat Klinik Kesihatan Gial yang ditenggelami air dan bertemu mangsa-mangsa banjir di kawasan Titi Tinggi dan Chuping.

Turut menyertai baginda pada lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Perlis Sabry Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid.

UTAMABERITABanjir Di Perlis Bertambah Buruk - 470 Mangsa Banjir Dipindahkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium