Video penuh bersemburit yang baru dimuat naik di laman Pornhub - pakdin.my

Video bersemburit dipercayai Azmin Ali yang terbaru muncul di YouTube, sementara versi penuh tambahan sembilan minit telah dimuat naik ke laman pornografi Pornhub. Laman tersebut hanya boleh diakses menggunakan VPN kerana disekat oleh SKMM

Sama seperti pada klip sebelumnya, video YouTube, yang telah dipadam kerana melanggar piawaian komuniti laman perkongsian fail video, menunjukkan wajah dua lelaki telanjang menghadap set televisyen yang sedang menyiarkan siaran berita.

Haziq, yang sebelum ini mengaku sebagai salah seorang dalam video pertama, dilihat bangun dari katil, manakala lelaki yang kedua ialahyang didakwa Haziq sebagai Azmin – terpapar kerana pantulan cahaya telefon bimbit miliknya yang digunakan.

Turut kelihatan individu yang mengaku dirinya Haziq dengan memegang tuala dan lengkap berseluar dipercayai baru selesai mandi mundar mandir di hujung katil.

Video yang bertajuk “No Way”, dimuat naik lewat malam Selasa (25 Jun).

Sementara itu, video bersemburit berdurasi sembilan minit saat juga dimuat naik ke Pornhub. Video ini, yang bertajuk “Scandal Azmin Ali Full”, dilihat sebagai versi penuh kepada sebahagian keratan video yang telah menjadi viral sejak beberapa minggu lalu.

Haziq, Ketua Pemuda PKR Santubong, telah diberikan surat tunjuk sebab oleh partinya. Beliau juga pernah menjadi setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

Haziq mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei semasa kempen pilihan raya kecil Sandakan.

Mohamed Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia percubaan memusnahkan kerjaya politiknya.

Polis sedang menyiasat perkara tersebut.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKVideo penuh bersemburit yang baru dimuat naik di laman Pornhub

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium