Latheefa beli bintang, pingat di Lazada - pakdin.my

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Latheefa baru dilantik menjadi ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sekali pandang segak betul ayam sabung Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru diangkat menjadi ketua pesuruhjaya (KP) SPRM ini.

“Cuma yang pelik, KP SPRM ini biasa mula pun paling tinggi Jusa A, kerja baru sebulan, macam mana banyak sangat bintang dan pingat perkhidmatan yang dia pakai.

“Saya dulu lapan tahun dalam perkhidmatan awam, Jusa B, itu pun baru satu bintang Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dan dua pingat pertabalan. Ada bintang dan pingat boleh beli dekat Lazada ke?

“Hendak tanyalah Latheefa, mana dia beli bintang banyak-banyak itu? Ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Maklumlah, saya ini budak baru belajar,” coretnya di Facebook hari ini.

Lokman berkata memandangkan Latheefa boleh diangkat memimpin SPRM maka tidak mustahil suatu hari nanti beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

“Memandangkan Pakatan Harapan sudah set trend peguam PKR boleh jadi KP SPRM, peguam ketua Komunis Malaya boleh jadi Peguam Negara, takkan bila BN dan PAS memerintah nanti kalau saya dilantik Ketua Polis Negara mereka hendak bantah,” katanya.

https://pakdin.my/tag/sprm

UTAMAPOLITIKLatheefa beli bintang, pingat di Lazada

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium