Dakwa tahu gaya hidup, cara keluarga Azmin berbelanja, Haziq rayu PM siasat - pakdin.my

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video lucah baru-baru ini hari ini merayu perdana menteri mempertimbang semula bukti salah laku Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menuduh Azmin sebagai pasangannya dalam video itu walau dinafikan menteri hal ehwal ekonomi, beliau mendakwa tahu perbelanjaan isteri dan anak-anak yang jumlahnya dianggap ”kadang kala mengejutkan”.

“Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Mohamed Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

“Saya berharap YAB Tun Dr. Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan”.

Haziq yang dilihat mahu menjawab kesangsian orang ramai atas saranannya supaya Azmin disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

Menganggap dirinya “naif” hingga “terpalit sejarah hitam”, beliau mendakwa beliau dan keluarga “sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar” susulan penyebaran video berkenaan.

“Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing hitam,” kata bekas setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

https://pakdin.my/bersemburit

UTAMAPOLITIKDakwa tahu gaya hidup, cara keluarga Azmin berbelanja, Haziq rayu PM siasat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium