Tuduh pemimpin rasuah dan bersemburit, PKR pecat Haziq - pakdin.my

PKR membuat keputusan memecat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar kod tata etika parti.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Biro Politik PKR yang diketuainya membuat keputusan itu malam ini, selepas menerima syor dibentangkan Lembaga Disiplin parti dan surat pemecatan itu akan dikeluarkan segera.

“Lembaga Disiplin hari ini memberi syor memecat Haziq Abdullah dan Biro Politik yang bermesyuarat malam ini membuat keputusan menerima syor itu sebulat suara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim; Naib Presiden, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Lembaga Disiplin pada 19 Jun lalu membuat keputusan untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Haziq Abdullah kerana didapati mencemarkan dan berniat merosakkan nama parti.

Haziq Abdullah menerima surat tunjuk sebab kerana membuat pengakuan terbuka sebagai individu dalam video lucah dikaitkan dengan seorang menteri.

Pada sidang media itu, Ahmad terlebih dulu menyatakan sebab Lembaga Disiplin PKR memberi syor kepada Biro Politik parti untuk memecat Haziq Abdullah.

“Kami menerima surat jawapan Haziq Abdullah bertarikh 2 Julai lalu. Selepas meneliti surat itu, dalam mesyuarat bersama Biro Politik hari ini, kita mencadangkan beliau dipecat daripada parti kerana didapati melanggar kod tata etika parti.

“Alasan mengemukakan syor memecat beliau ialah kerana beliau membuat tuduhan terbuka terhadap pimpinan parti berhubung salah laku rasuah tanpa bukti.

“Beliau juga membuat tuduhan terbuka dalam hal lain iaitu dalam kes yang sedang disiasat polis (video lucah),” katanya.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKTuduh pemimpin rasuah dan bersemburit, PKR pecat Haziq

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium