7 ditahan berhubung kes penipuan wang guna Internet - pakdin.my

Empat lelaki termasuk tiga warga asing dan tiga wanita tempatan ditahan berhubung siasatan penipuan memindahkan wang menggunakan Internet yang membabitkan kerugian hampir RM250,000 baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua tujuh individu berumur antara 20 hingga 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Millenium Square, Petaling Jaya pada 10 dan 12 September.

Katanya, suspek yang ditahan terdiri masing-masing seorang lelaki warga Sierra Leonne, Jordan, Pakistan, lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan.

Mereka yang ditahan ini termasuk perancang sindiket dan suspek utama, seorang lulusan kolej swasta yang mahir dalam rangkaian Internet manakala suspek lain bekerja sendiri dan ada yang berstatus pelajar, katanya.

Dalam serbuan itu, polis merampas set komputer, buku akaun simpanan pelbagai bank, kad mikro pelbagai syarikat telekomunikasi, salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang relevan dalam kes itu dan kesemua suspek ditahan reman sehingga 15 September, katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini

UTAMABERITA7 ditahan berhubung kes penipuan wang guna Internet

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium