Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALMat Indera Ketuai Serangan...

Mat Indera Ketuai Serangan Di Bukit Kepong, Kata Bekas Pegawai Kanan Polis - pakdin.my

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pernah mengakui dan mengesahkan bahawa serangan pengganas di Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang juga seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Zulkifli Ab Rahman berkata perkara itu diceritakan sendiri oleh pemimpin komunis paling berpengaruh itu di hadapan para cendekiawan dalam satu dialog yang diadakan di sebuah universiti terkemuka di Canberra, Australia pada 22 dan 23 Feb 1999.

“Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan seluruh Melaka.

“Ini bukan cerita yang dikutip di tepi jalan, tetapi disahkan oleh Chin Peng kerana baginya untuk menjadi pengganas mereka mesti menjadi komunis,” katanya dalam Forum Merdeka bertajuk ‘Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan’ di sini Rabu malam.

Selain Zulkifli, forum itu turut dibarisi oleh tiga anggota panel yang lain iaitu bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn, pakar sejarah Prof Datuk Ramlah Adam serta Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar. Forum yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu dipengerusikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, Zulkifli yang berkhidmat selama 37 tahun di dalam PDRM dan bertanggungjawab dalam risikan mengenai komunis pada masa itu, berkata dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, tidak benar dan tidak berasas.

“”Macam manalah Mat Sabu berani kata Mat Indera ini bukan komunis, kenapa Mat Sabu pilih Mat Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong padahal dia tidak kenal siapa itu Mat Indera,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]mail.com

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838