Penuntut Malaysia Di Syria Pulang Selepas Peperiksaan - pakdin.my

Usaha membawa pulang 220 penuntut Malaysia di Syria hanya akan dilakukan selepas mereka menduduki peperiksaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, penuntut terbabit yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Syria kini menumpukan perhatian untuk menghadapi peperiksaan yang bermula pertengahan bulan ini.

Pilihan jalan keluar bagi penuntut terbabit termasuk menerusi Doha atau Dubai.

Kerajaan katanya, akan mencari jalan terbaik membawa mereka keluar termasuk menggunakan pesawat komersil.

Wisma Putra kini mengadakan mesyuarat bersama agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi menyelaraskan proses berkenaan.

Namun begitu, hampir 40 peratus dari jumlah penuntut Malaysia itu mahu terus tinggal di negara berkenaan kerana keadaannya masih tidak membimbangkan.

Menurut Datuk Seri Anifah, pihaknya akan memberi mereka pilihan namun jika keadaan memaksa, mereka akan diarahkan pulang.

Wisma Putra juga akan membantu penuntut terbabit mendapatkan visa keluar bagi membolehkan mereka balik semula ke negara itu apabila keadaan kembali pulih.

Berita terdahulu:

Usaha Membawa Balik Penuntut Malaysia Di Syria Selepas 15 Sept
Pelajar Malaysia Di Syria Dibawa Pulang

 

 

UTAMABERITAPenuntut Malaysia Di Syria Pulang Selepas Peperiksaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium