UtamaNASIONAL“Babi Beranak Lagi Banyak…”...

“Babi Beranak Lagi Banyak…” Ridhuan Tee Jawab Chef Wan - pakdin.my

“Yang malas dan menyalahgunakan bantuan kerajaan hanya segelintir sahaja. Ramai lagi peneroka hebat. Tidak wajar Chef Wan membuat generalisasi, peneroka Felda malas, menyalahgunkan bantuan kerajaan, suka kawin ramai dan beranak seperti kucing (beranak ramai).

“Kucing tidaklah beranak banyak sangat Chef Wan. Babi lagi banyak beranak. Elok berterus terang,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah ketika diminta mengulas kenyataan chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, hari ini.

Terdahulu, Chef Wan membuat tiga kiriman dalam Instagramnya, yang menggesa peneroka Felda meningkatkan usaha, berbanding hanya menunggu bantuan kerajaan, berbeza dengan sikap petani kecil-kecilan di beberapa negara yang dilawatinya seperti Sweden, Norway dan Australia.

“Di sini, peneroka Felda, walaupun tidak semua menyalahkan kerajaan di kedai kopi, tunggu saja bantuan. Bila esok mereka mendapatnya, ianya cerita lain. Sesetengah subsidi baja dijual,” kata Chef Wan.

Selebriti yang diangkat menjadi ikon anak Felda itu berkata, dengan wang tambahan itu sesetengahnya gatal dan berkahwin kali kedua dan ketiga.

“Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing!” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Ridhuan Tee yang dihubungi hari ini berkata, urusan untuk berkahwin lain dan beranak ramai adalah hak individu.

“Siapa kita untuk menahan. Lagipun anak itu rezeki. Paling penting, ramai atau sedikit anak, menjadi. Apa jaminan Chef Wan mereka yang beranak sedikit itu lebih berjaya daripada yang beranak ramai. Chef beranak sedikit, adakah semua menjadi belaka? Jaga sedikit mulut Chef Wan.

“Saya tidak nafikan ada peneroka yang khianat, menyalahgunakan peruntukan Felda seperti bantuan baja, anak benih dan sebagainya, hukumlah mereka. Sama juga jika sabit mereka yang menyewengkan wang 1MDB.

“Masih ramai lagi peneroka yang gigih dan berjaya. Kenapa yang sedikit buruk itu ditonjolkan, sedangkan banyak kebaikan peneroka diselindungkan,” katanya.

Beliau berkata, demikian juga masalah dadah yang melanda Felda, sehingga Sultan Pahang turut terkesan dengan menyarankan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk menyelamatkan Felda daripada menjadi sarang dadah.

“Menjadi kebimbangan saya selepas ini, jika Ikon Felda ini masuk ke Felda untuk mendekati mereka, takut kena baling telur busuk menanti.

“Elok Chef Wan fokuskan apa perancangannya dalam bidang kulinari untuk membangunkan Felda daripada mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan,” katanya.

Ikon FELDA kata Peneroka pemalas suka kawin ramai dan membiak anak macam kucing
https://pakdin.my/ikon-felda-kata-peneroka-pemalas-suka-kawin-ramai/

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...