[Video] Sidang Parlimen: BN gelapkan RM25 Billion Projek ECRL Kini Terbukti FITNAH! - pakdin.my

Soalan saya di Dewan Rakyat pagi ini mengundang rasa tidak senang pemimpin kerajaan sehingga Ahli Parlimen Kota Melaka (PH) terpaksa membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

Kononnya soalan saya tidak relevan dan melanggar Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat. Malah, jumlah perkataan soalan turut dipersoalkan.

Isu pokok di sini ialah mengenai projek ECRL.

Saya hanya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan :-

(a) apakah komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak lagi dilaksanakan selepas kos terdahulu RM65.5 bilion dikurangkan kepada RM44 bilion. Bukankah ini satu pengecilan skop (downsizing) yang pasti akan
mengurangkan kos pembinaan dan ianya bukan
penjimatan berdasarkan skop asal; dan

(b) kenapa Kerajaan tidak mengguna pakai cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pada 15 November 2016 yang menganggarkan kos sebenar ECRL hanya RM29 bilion sahaja.
Sementara soalan tambahan saya ialah mengenai dakwaan Tony Pua yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion.

Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen ‘over pricing’.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/09/neither-mrl-govt-claimed-rm21pt5b-ecrl-saving-was-from-overpricing/

Ini bermakna, tohmahan Tony Pua (kini Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kononnya RM25 bilion digelapkan daripada projek ini terbukti satu penipuan.

Kos ECRL sepatutnya lebih rendah, baki RM25 bilion mungkin digelapkan?

Saya juga bertanya, jajaran ECRL kini tidak lagi melalui Gombak dan Bentong sebaliknya beralih ke Putrajaya dan Jelebu. Jadi apa perubahan trafik dan ramalan pendapatan (revenue) ECRL?

Jajaran turut dipendekkan, tidak lagi sampai ke sempadan Thailand. Apa pula kesan atau implikasi dari sudut aliran trafik kargo dari selatan Thailand? Tidakkah ia menjejaskan implikasi ECRL itu sendiri dan juga pelabuhan Kuantan?

Nampaknya Menteri tidak mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan secara spesifik.
Apa yang dapat kita rumuskan ialah :

1. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata jajaran ECRL yang pada asalnya sepanjang 688km dipendekkan kepada 648km bukanlah pengecilan skala projek (downsizing).

2. Kerajaan PH menolak formula Tony Pua (kini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng) yang kata kos untuk projek ECRL sepatutnya lebih rendah iaitu RM29 bilion.

3. Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen ‘over pricing’. Jadi, dakwaan Tony Pua, Rafizi Ramli dan Dr Hatta Ramli yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion terbukti satu penipuan.

Wee Ka Siong
Presiden MCA

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/8CicysbOlYI

UTAMABERITA Sidang Parlimen: BN gelapkan RM25 Billion Projek ECRL Kini Terbukti FITNAH!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium