Pengerusi PKR negeri antara 3 ditahan kes video lucah - pakdin.my

Pengerusi PKR sebuah negeri antara tiga ditahan petang tadi, berhubung kes pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemimpin politik negeri berusia 37 tahun itu ditahan bersama dua rakannya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor.

Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor.

Kesemua mereka dijangka akan dibawa ke Bukit Aman selepas laporan tangkapan dibuat.

Dengan penangkapan ketiga-tiga suspek ini, jumlah keseluruhan tangkapan membabitkan kes video lucah yang diakui oleh Haziq sendiri sebagai individu dalam video berkenaan adalah sembilan orang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut sehingga menerima maklumat selanjutnya.

UTAMAPOLITIKPengerusi PKR negeri antara 3 ditahan kes video lucah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium