Pengerusi Perhubungan PKR Perak ditahan isu video bersenburit? - pakdin.my

👿 Yang buat tuduhan ini kerja UMNO dah masuk gua?

🍿 🍿 🍿

Tiga lagi individu ditahan oleh polis hari ini berkaitan kes video bersemburit yang mengaitkan nama seorang menteri kanan.

Ketiga-tiga mereka dikatakan pimpinan PKR dari kem tertentu dipercayai terlibat dengan pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Menurut sumber kepada MalaysiaGazette, antara yang ditangkap itu termasuk Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador walaupun ketika ini pihak berkuasa masih lagi mendedahkan identiti mereka.

Seorang lagi dikatakan wakil rakyat di Selangor.

Sebentar tadi Berita Harian melaporkan seorang pemimpin politik negeri berusia 37 tahun itu ditahan bersama dua rakannya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor.

Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor.

Kesemua mereka dijangka akan dibawa ke Bukit Aman selepas laporan tangkapan dibuat lapor MalaysiaGazette.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, berita itu sudah heboh dalam kalangan netizen sehingga rata-rata sudah dapat meneka siapakah yang telah ditahan berkenaan.

‘Perang siber’ juga kelihatan sudah mula berlaku antara kem tertentu berhubung tangkapan berkenaan terutamanya selepas tangkapan yang kini sudah mencecah sembilan orang termasuk Haziq sendiri.

Malah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pagi tadi tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan dalam tempoh terdekat hasil soal siasat ke atas enam individu ditahan malam kelmarin.

UTAMAPOLITIKPengerusi Perhubungan PKR Perak ditahan isu video bersenburit?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium