ETS, Komuter Stesen Sungai Buloh-Tanjung Malim yang mengalami masalah akan beroperasi sepenuhnya esok - pakdin.my

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Tanjung Malim dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 5.30 pagi esok selepas mengalami gangguan sejak Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rani Hisham Samsudin berkata, serentak dengan itu stesen Kuang, Rawang dan Serendah yang ditutup sebelum ini selepas tren kargo simen tergelincir berhampiran Stesen Rawang empat hari lepas akan turut dibuka semula.

BACA juga: Jadual Tren ETS Antara Bandar dan Tambang

“Kerja-kerja membaikpulih landasan sepanjang 800 meter yang rosak teruk dan kabel elektrik yang putus ekoran kejadian itu kini 70 peratus siap yang membolehkan perkhidmatan itu dapat beroperasi sepenuhnya esok,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program ‘Choo Choo’ Tren Skypark Link di Stesen Sentral Kuala Lumpur, hari ini.

Serentak dengan itu perkhidmatan bas percuma antara kedua-dua stesen itu juga akan dihentikan kecuali dari 25 Julai hingga 4 Ogos di mana ia akan kembali beroperasi dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Tanjung Malim hanya melibatkan perjalanan terakhir ETS iaitu pukul 10.55 malam.

Sementara itu, Rani Hisham berkata, pihaknya menawarkan program tambang istimewa RM1 bagi perjalanan sehala dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Terminal Skypark atau sebaliknya sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan itu secara berkumpulan sekurang-kurangnya 20 orang.

Tawaran tambang ini tidak mempunyai had umur dan organisasi atau perjalanan berkumpulan boleh memohon menerusi kaunter sehingga Disember ini.

“Program ini dijangka dapat meningkatkan jumlah penumpang Skypark Link kepada 500 hingga 600 penumpang sehari berbanding 300 penumpang sekarang ini.

“Tumpuan kami adalah penduduk dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Lapangan Terbang Subang seperti Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang, dan USJ Subang Jaya,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, seramai 95 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong menjadi kumpulan pertama yang menyertai program itu ke Terminal Skypark.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Choo Choo di laman sesawang www.ktmb.com.my atau saluran media baharu rasmi KTMB di Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, Twitter @ktm_berhad atau melalui Pusat Panggilan KTMB di 03-22661200. – Bernama

UTAMABERITAETS, Komuter Stesen Sungai Buloh-Tanjung Malim yang mengalami masalah akan beroperasi sepenuhnya...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium