Mat Sabu akan didakwa esok - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok mengikut Seksyen 505, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam berhubung kenyataannya kontroversinya mengenai komunis 27 Ogos lalu.

Peguam Hanipa Maidin dilaporkan sebuah portal berita hari ini bahawa perkara itu sudah dimaklumkan pihak polis kepada anak guamnya itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan sebuah akhbar sebagai menyatakan dalam ceramahnya di Pulau Pinang bahawa Mat Indera adalah wira sebenar dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, bukannya “polis British”.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes itu kepada pihak Peguam Negara untuk dipertimbangkan bagi tujuan pendakwaan.

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengesyorkan tindakan mengikut Akta Hasutan dikenakan ke atas Mat Sabu kerana kenyataannya menggempar dan menakutkan masyarakat, selain Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana membabitkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

UTAMABERITAMat Sabu akan didakwa esok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium