Siapa Saja Daripada Kalangan Pemimpin Pas Menjadi Menteri Besar Tidak Penting - pakdin.my

Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah, tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat.

“Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Azizan yang tidak sihat.

Mohd Johari berkata Kedah pasti lumpuh tanpa bantuan kerajaan pusat seperti bantuan kepada mangsa banjir, pertanian, nelayan dan golongan miskin di negeri ini.

“Duit yang diperuntukkan bagi menyelenggara jalan pun tak tau ke mana perginya. Sebab itu banyak peruntukan tahun ini disalurkan terus kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk elak daripada disalahguna,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Azizan juga gagal menyatakan dengan terperinchi dakwaannya bahawa PAS telah menunaikan 80 peratus daripada janji-janji manifesto pilihan raya umum 2008 parti itu.

Mengenai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, beliau berkata pembangkang tidak memberi sumbangan langsung untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Perkara-perkara yang melibatkan perlembagaan seperti ini adalah sifat komunis. Ini bukan lagi soal politik tetapi dah melampau dan sekiranya perlu dilucutkan kerakyatan, saya mahu ia dilaksanakan,” katanya.

Katanya Manoharan sengaja mahu membangkitkan kemarahan rakyat untuk menghilangkan tumpuan mereka dan menjurus kepada isu sensitif setelah pendekatan dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak menampakkan kesan positif.

“Keberanian Perdana Menteri memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda akta-akta lain dilihat menggugat sokongan rakyat kepada mereka dan sebab itu sekutu-kutu pakatan pembangkang khususnya PAS cuba membangkitkan isu-isu lapuk seperti hudud,” tambahnya.

UTAMABERITASiapa Saja Daripada Kalangan Pemimpin Pas Menjadi Menteri Besar Tidak Penting

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium