Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAnak Mat Sabu Jangan...

Anak Mat Sabu Jangan Cakap Sembarangan – Timbalan KPN - pakdin.my

Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.

“Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, Khamis.

Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini.

Di dalam kejadian yang berlaku pada 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat Mohamad Sabu dilaporkan dilontar “Molotov Cocktail” oleh individu tidak dikenali tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil di bahagian pintu pagar.

Mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan di dalam laman sosialnya untuk menukar Jalur Gemilang, Khalid berkata, polis masih mengkaji tentang kes itu.

“Kita akan tengok apa yang perlu kita buat. Kita sudah cakap sebelum ini, jangan cakap sesuka hati yang boleh mengguris orang lain atau menimbulkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau yang meminta semua pihak supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, berkata tidak pasti tentang bilangan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kenyataan kontroversi Manoharan itu.

“Fikirlah dulu sebelum bercakap. Ini yang bercakap semua terpelajar bukan bodoh-bodoh belaka. Fikirlah dulu sebelum keluarkan pandangan, kritikan dan sebagainya,” kata Khalid.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480