Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Seorang Hakim Mahkamah Sesyen pula ditangkap hari ini dalam kes rasuah melibatkan pembebasan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada minggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan suspek terbaharu itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

SPRM telah membuat tangkapan terhadap seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Baru, Selangor petang tadi.

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

BACA sini: Rasuah bebaskan PATI: Reman peguam dan timbalan pendakwaraya disambung dua hari lagi – SPRM

DAN sini: Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

Siasatan adalah berkenaan penahanan PATI yang ditahan bagi tujuan pelepasan setelah dibayar.

Sejumlah wang telah juga dirampas semasa tangkapan dibuat.

Tengahari tadi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya disambung reman dua hari bermula hari ini manakala sebahagian daripada enam anggota polis yang direman lima hari sejak Rabu lalu dilepaskan dengan jaminan polis.

Pada Rabu lalu, kedua-duanya telah ditahan bersama enam anggota polis berpangkat sarjan dan koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Pada minggu lalu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab. Rahman mengesahkan mengenai penahanan enam anggotanya oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan PATI.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 orang PATI.

Berkaitan:
Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM
https://pakdin.my/kes-bebaskan-15-pendatang-tanpa-izin-enam-anggota-polis-hulu-selangor-ditahan-sprm/

Rasuah bebaskan PATI: Reman peguam dan timbalan pendakwaraya disambung dua hari lagi – SPRM
https://pakdin.my/rasuah-bebaskan-pati-reman-peguam-dan-timbalan-pendakwaraya-disambung-dua-hari-lagi-sprm/

UTAMABERITARasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium