98 sen sekilogram ikan tenggiri di Segamat – 1pengguna.com - pakdin.my

price-watch

Sesuatu yang amat menakjubkan apabila Pasar Raya Nirwana di Segamat, menawarkan harga serendah 98 sen bagi sekilogram ikan tenggiri, hari ini.

Bagaimanapun, harga itu jauh berbeza di negeri lain apabila ikan yang sama dijual pada harga RM20 sekilogram di Pasar Awam Ayer Hangat, Langkawi, RM22 di Pasar Awam Tanjung Karang, dan RM22.99 di Pasar Raya U All Mart Sdn Bhd, Jengka, Pahang.

Harga barangan pengguna itu dipapar menerusi portal www.1pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyenaraikan harga pelbagai jenis barangan keperluan harian mengikut premis dan negeri.

Ikan cencaru bersaiz sederhana pula dijual serendah RM4 sekilogram di Pasar Basah Jelutong, Pulau Pinang dan di Pasar Rakyat Lahad Datu, Sabah serta RM4.39 di Pasar Raya Econsave Skudai Parade, Skudai, Johor.

Untuk sekilogram ikan kembung hitam dan hijau bersaiz sederhana dijual pada harga RM5 di Pasar Umum Semporna, Sabah dan RM6 di Pasar Raya Farley Medan Jaya, Bintulu, Sarawak.

Di Semenanjung, ikan yang sama dijual pada harga RM6.50 sekilogram di Pasar Raya Kipmart Masai, Johor dan Pasar Awam Taiping serta RM6.90 di Pasar Raya Econsave Ayer Itam, Pulau Pinang.

Sementara itu, terdapat empat premis yang menjual daging lembu tempatan (‘top side’) pada harga serendah RM14.99 sekilogram iaitu pasar raya Tunas Manja Supermarket (Mersing) Sdn Bhd, Tunas Manja Jerantut, TF Value Mart Tanjung Malim dan Tapah di Perak.
Bagi sayur-sayuran pula, harga bagi sekilogram kobis bulat (China) dijual serendah RM1.49 di Pasar Raya The Store Batu Pahat dan Pasar Raya Upwell Superstore (Gita) Kuching.

Harga bagi sekilogram bawang putih (China) di Pasar Raya TF Value Mart Tapah, Perak dijual pada harga RM1.09 sementara di Pasar Besar Carrefour Puchong, Selangor pada harga RM2.25.

Meskipun terdapat beberapa negeri mencatatkan sedikit kenaikan bagi harga sekilogram bawang kecil merah rose (India) namun pada keseluruhannya masih terkawal seperti RM1.79 di Pasar Raya Giant Kota Bharu Trade Centre dan RM2.75 di Pasar Raya The Store Taman Sentosa, Johor Bahru.

Sementara pasar raya Cold Storage Great Eastern Jalan Ampang di ibu kota meletakkan harga bawang yang sama mencecah sehingga RM11.99 sekilogram dan Pasar Basah Kapit (Market Teresang), Sarawak pada harga RM12.

UTAMAEKONOMI98 sen sekilogram ikan tenggiri di Segamat - 1pengguna.com

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium