[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga - pakdin.my

KUALA LANGAT – Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di Bandar Saujana Putra di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.41 malam apabila kesemua mangsa berusia 12 hingga 70 sedang berehat di ruang tamu dan meja makan rumah tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Katanya, tiga daripada suspek tersebut dengan bersenjatakan parang telah memanjat tembok pagar rumah tersebut sebelum memasuki ruang tamu kediaman berkenaan. 

“Ketiga-tiga penjenayah itu telah bertindak mengikat tujuh daripada mangsa di dalam bilik bawah rumah berkenaan.

“Manakala, seorang wanita telah dibawa ke bilik di atas sebelum suspek bertindak merampas barangan berharga termasuk barang kemas dengan nilai kerugian RM30,000,” katanya lapor Kosmo Online

Beliau menjelaskan kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum mereka berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran bagi menghubungi pihak polis. 

Jelas Azizan, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan cap jari berikutan suspek memakai sarung tangan. 

“Usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung berkaitan kejadian tersebut supaya menghubungi pihak polis,” katanya.
 
Terdahulu, kejadian jenayah itu tular di media sosial menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan keadaan mangsa dan tindakan penjenayah terhadap kelapan-lapan mangsa tersebut. 

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/oX6jlkr9UWk

UTAMABERITA Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium