Nik Aziz Mahu Tutup Isu Video Anwar, Mat Sabu, Air - pakdin.my

Hakikatnya, isu Hukum Hudud yang dipalu PAS menjadikan parti itu terus kukuh di Kelantan selama 21 tahun.

Dan perjuangan itu yang disalin kulit kepada Negara Berkebajikan pada Muktamar lalu bagi menjaga hati rakan politik, membingungkan akar umbi parti itu sendiri lantas sesuatu perlu dilakukan.

Analisis berikut oleh Halim Mohamed melihat kenapa hudud kembali meniti di bibir pemimpin PAS.

Zahid Mat Arip, Bekas Naib Ketua Pemuda PKR: “Hadi Awang menyatakan tak perlu dilaksana sekarang kerana bukan keutamaan, Nik Aziz kemukakan balik hukum hudud. Ini percanggahan pendapat yang ketara. Dan jangan salahkan SPR, polis dan BN kalau ditolak dalam pilihanraya akan datang. Salahkan diri mereka kerana celaru akan timbul di kalangan rakyat sekarang.”

Mohd Sayuti Omar, Penganalisis Politik: “Kenyataan antara satu pemimpin PAS berbeza. Ini kata ketepikan dulu, ini kata nak laksanakan. Walaupun dalam keadaan sebenar Nik Aziz terpaksa ambil masa yang sesuai untuk laksana. Tetapi kenyataan tegas sebab berlaku percanggahan dengan Haji Hadi.”

Antara menjaga hubungan baik dalam pakatan pembangkang dan kehendak ahli membuatkan PAS tersepit.

Zahid Mat Arip, Bekas Naib Ketua Pemuda PKR: “Nik Aziz sebenarnya bukan sahaja melawan DAP tetapi melawan Hadi dalam isu ini. Inilah tambah celaru rakyat Malaysia tentang kepimpinan PAS. Kalau dalam parti sendiri boleh bertelagah, bagaimana nak tadbir negara Malaysia yang masyarakat berbilang kaum?”

Persoalannya, kenapa Mursyidul Am PAS ini yang sebelum ini dilihat berlembut dengan DAP tiba-tiba melenting?

Zahid Mat Arip, Bekas Naib Ketua Pemuda PKR: “Isu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa pendirian PAS? Apakah nak guna hudud itu dalam isu video Datuk Seri Anwar, isu kalimah Allah, isu penghinaan Mat Sabu terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan. Isu air di Kelantan yang tak selesai. Nik Aziz nak tutup semua isu ini dengan kemuka hudud. Itu sahaja, tak lebih daripada itu.”

Aataupun, apa yang dilontarkan Datuk Nik Abdul Aziz ini, manifestasi kemarahan akar umbi PAS yang tidak mampu dibendung lagi kerana parti itu dilihat sering tunduk kepada DAP.

Namun, realitinya mampukah hudud dilaksanakan di bumi Malaysia?

Mohd Sayuti Omar, Penganalisis Politik: “Kalau hudud dilihat daripada perspektif politik tidak mungkin hudud dapat dilaksana, kecuali ada persefahaman di kalangan umat islam. Mesti persefahaman PAS, UMNO, semua NGO-NGO Islam sokong hudud, barulah pelaksana hudud dan syariah lain. Tapi kalau terpisah tidak mungkin berlaku.”

Laporan Hhalim Mmohamed, TV3.

UTAMABERITANik Aziz Mahu Tutup Isu Video Anwar, Mat Sabu, Air

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium