800 syarikat kawalan keselamatan bakal gulung tikar - pakdin.my

99% syarikat kawalan keselamatan berstatus IKS adalah milik Bumiputera.

Sebanyak 800 syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bakal diancam kerugian sehingga RM1.5 bilion setahun sekiranya kerajaan melaksanakan terma ‘Contract of Service’ (kontrak perkhidmatan) (CFS).

Presidennya, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, ia berikutan kerajaan didakwa tidak lagi menganugerahkan kerja-kerja kawalan keselamatan melalui proses tender terbuka sebaliknya membuat lantikan terus kepada individu tertentu.

“Bukan saja 800 syarikat kawalan keselamatan gulung tikar bahkan 50,000 pengawal keselamatan yang ditempatkan di premis Kementerian Pendidikan bakal hilang pekerjaan.

“Majoriti pengusaha syarikat merupakan pesara-pesara pegawai kanan kerajaan, polis, tentera. Ketika ini 400 syarikat pula bergantung kepada kontrak kawalan keselamatan.

Ramli juga berkata, langkah kerajaan itu bakal melumpuhkan industri yang melibatkan syarikat kawalan keselamatan, yang mana kebanyakannya berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan 99 peratus adalah milik Bumiputera.

Katanya, walaupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi kekangan kewangan, namun keselamatan murid-murid, kakitangan, aset serta orang awam dalam premis Kementerian Pendidikan khususnya sekolah tidak sepatutnya menjadi taruhan.

“Prinsip pengurusan keselamatan yang munasabah bukan menjadi pertimbangan kerajaan. Kekurangan pengawal keselamatan akan tentunya mengundang risiko,” katanya.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kerugian kerana sudah membelanjakan RM62 juta untuk melatih 10,000 pengawal keselamatan tempatan dan 24,000 dari Nepal.

“Pelantikan PIKM sebagai Industry Lead Body oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) baru-baru ini bagi tujuan membangunkan tenaga kerja industri keselamatan berkemahiran tinggi di bawah program TVET tentunya akan terbantut dengan langkah CFS ini,” katanya lagi.

UTAMABERITA800 syarikat kawalan keselamatan bakal gulung tikar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium