Pencemaran di loji air bukan sabotaj – Abdul Hamid - pakdin.my

Bukit Aman menolak unsur sabotaj yang didakwa sebagai punca pencemaran di Sungai Selangor baru-baru ini.

Pencemaran itu telah menyebabkan gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan yang dijalankan lebih menunjukkan kecuaian pekerja syarikat yang diupah kerajaan negeri untuk membersihkan sungai.

“Pada awalnya, kita berpandangan ia merupakan perlakuan sabotaj dan dua lelaki yang juga merupakan pekerja di pontun telah ditahan.

“Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan mendedahkan pencemaran yang berlaku mungkin disebabkan kecuaian pekerja syarikat yang berkhidmat membersihkan sungai.

“Pekerja mereka mungkin menumpahkan diesel ke dalam air, disebabkan itu kami menolak unsur sabotaj pada ketika ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran ‘Austism: Police Standard Operating Procedures’.

Menurutnya, seorang daripada pekerja yang ditahan itu telah dibebaskan manakala seorang lagi akan disambung reman bagi membantu siasatan.

Abdul Hamid berkata, pencemaran yang berlaku itu adalah kes serius kerana ia menjejaskan antara empat hingga lima juta pengguna.

Lantaran itu, polis juga menjalankan siasatan terhadap laporan palsu yang dibuat untuk melindungi syarikat tertentu.

Laporan pencemaran itu dijangka siap tidak lama lagi.

Sebelum ini, Menteri Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar mengesahkan bahawa siasatan polis wujud unsur sabotaj dalam insiden yang berlaku itu hingga mengakitkan empat loji air terpaksa ditutup.

UTAMABERITAPencemaran di loji air bukan sabotaj – Abdul Hamid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium