Xavier, MB Selangor, Charles kena mohon maaf pada rakyat Selangor - pakdin.my

Kerajaan Selangor didesak untuk bertanggungjawab penuh terhadap pencemaran diesel di Sungai Selangor yang disahkan polis akibat kecuaian pekerja syarikat yang diupah.

Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Noorazley Yahya kelalaian itu adalah kerana tiada pemantauan sehingga akhirnya menjejaskan lima juta penduduk di Lembah Klang.

“Ketiadaan pemantauan daripada pihak berkuasa terhadap aktiviti-aktiviti yang berisiko seperti ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah kira-kira lima juta penduduk di Lembah Klang terkesan kerana ketiadaan bekalan air,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap laporan palsu yang dibuat mengatakan pencemaran dilakukan oleh tiga orang pemancing sebelum ini, demi mengaburi tindakan syarikat yang diupah kerajaan negeri itu.

“Pemuda UMNO Kuala Selangor juga mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuat laporan polis palsu untuk melindungi kecuaian syarikat tersebut,” katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago juga perlu memohon maaf memohon maaf kepada rakyat negeri Selangor kerana gagal menguruskan air di negeri itu.

Bukit Aman menolak unsur sabotaj yang didakwa sebagai punca pencemaran di Sungai Selangor baru-baru ini.

Sebaliknya Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan yang dijalankan lebih menunjukkan kecuaian pekerja syarikat yang diupah kerajaan negeri untuk membersihkan sungai.

Sebelum ini, Xavier mengesahkan bahawa siasatan polis wujud unsur sabotaj dalam insiden yang berlaku itu hingga mengakitkan empat loji air terpaksa ditutup.

Pencemaran di loji air bukan sabotaj – Abdul Hamid
https://pakdin.my/pencemaran-di-loji-air-bukan-sabotaj-abdul-hamid/

UTAMABERITAXavier, MB Selangor, Charles kena mohon maaf pada rakyat Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium