Hudud PAS Retorik Politik – Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

PUTRAJAYA: “Sebarang percakapan mengenai hasrat melaksanakan hudud di negara ini tidak lebih omong kosong dan retorik politik semata-mata,” kata Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.

Katanya, PGSM pada dasarnya menyokong sebarang usaha melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini termasuk hudud dan qisas kerana ia hukum Allah, namun perlu dilihat dalam konteks semasa dan realiti. Menurutnya, dalam konteks perundangan semasa, usaha mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah mustahil selagi Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak dipinda. “Realitinya ia mustahil dilaksanakan, kecuali akta itu dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan undang-undang hudud,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan bertegas untuk melaksanakan hudud di Kelantan walaupun ada pihak mendakwa negeri itu dalam suasana tidak kondusif bagi melaksanakan perundangan berkenaan. Malah, tindakan Mursyidul Am Pas itu dibantah Pengerusi DAP, Karpal Singh, dengan alasan tidak pragmatik, bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang serta menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat bukan Islam, selain membelakangi keputusan Muktamar Pas Ke-57, Jun lalu.

Musa berkata, Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuat kuasa di seluruh Persekutuan (seluruh negara), termasuk negeri yang membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah Syariah. “Akta itu memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman berkenaan saja.

“Sebarang pindaan kepada akta itu juga perlu dibuat di Parlimen dan mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen,” katanya.

Malah katanya, undang-undang yang diluluskan kerajaan negeri terbatal jika berlawanan (ultra vires) dengan undang-undang diluluskan Parlimen.

http://musaawang.blogspot.com/

 

Berita berkaitan:

Pelaksanaan Hukum Hudud Boleh Disekat Dengan Akta Mahkamah Syariah – Pakar Perlembagaan

Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan boleh disekat dengan adanya Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1995 pindaan (1984) yang mengehadkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri.

Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz, di bawah akta ini mana-mana kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman denda kurang daripada RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali boleh disekat dengan menggunakan akta berkenaan.

“Dalam kes ini, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan selagi akta ini wujud. Akta ini diluluskan oleh Parlimen, jadi mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan akta ini akan terbatal secara sendirinya.

“Berdasarkan jadual 9, senarai 2, butiran 1 Perlembagaan Persekutuan ia memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk menetapkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga pakar perlembagaan berkata, sekiranya kerajaan Kelantan masih mahu melaksanakan hukum hudud mereka perlu memohon kepada Parlimen untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

“Jika di lihat daripada sudut perundangan kerajaan Kelantan memang tidak boleh laksanakan hudud, kerana badan perundangan negeri tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Hukum hudud juga termasuk di bawah akta ini. Justeru, adalah lebih baik untuk kerajaan negeri merujuk kepada pakar undang-undang terlebih dahulu sebelum mereka mahu melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad ‘Uthman El-Muhammad berkata penerangan yang jelas mengenai pelaksanaan hukum hudud perlu diberikan terutamanya kepada masyarakat bukan Muslim bagi mengelakkan salah faham dan membuang persepsi negatif mereka terhadap Islam.

“Kita faham kerajaan Kelantan bukan takut untuk melaksanakannya, cuma kita khuatir tidak mampu menghadapi tekanan itu.

“Jadi adalah lebih baik mereka membuat persiapan secara rapi termasuklah mendapatkan nasihat pakar sepertimana yang disarankan dalam al-Quran,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad berkata perkara tersebut perlu dibincangkan secara mendalam dan tidak dilaksanakan hanya kerana ingin meraih sokongan politik semata-mata.

“Bincang dahulu, jangan hanya kerana politik kita beria-ria untuk melaksanakan hudud. Kita tidak mahu melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa sehingga membuatkan terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan,”

Jelasnya, tanpa persediaan yang rapi juga akan kerajaan PAS di Kelantan atau negara ditekan dalam pelbagai bentuk sekiranya negara lain tidak berpuas hati dengan cadangan ini.

Pada Khamis, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...