Sultan Johor campur tangan elak peralatan tentera dibeli dengan harga tak masuk akal - pakdin.my

Sultan Johor terpaksa campur tangan dalam urusan pembelian peralatan tentera untuk menghentikan tindakan pembekal menjualnya pada harga tidak masuk akal dan pembaziran wang kerajaan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendedahkan ada bekas jeneral bersara yang menjadi ejen menjual peralatan tentera pada harga tidak munasabah.

Katanya, pasukan tentera tidak patut menerima apa saja peralatan yang dicadangkan atau dijual pembekal.

“Sebagai contoh, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak 8 unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit. Harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan (unit) komando bot lebih baik serta menjimatkan (wang) kerajaan.

“Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit?

“Saya sedar tindakan saya mencampuri urusan perolehan komando ini tidak disenangi sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan sebagai ejen atau orang tengah,” katanya pada majlis perbarisan sempena ulang tahun ke-54 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing, hari ini.

Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang meluluskan hampir RM180 juta untuk perolehan beberapa peralatan khas komando, payung terjun, rumah teknik tempur jarak dekat (CQB) dan kolam renang tempur di Kem Iskandar.

Sebagai kolonel komandan Grup Gerak Khas, Sultan Johor akan sentiasa memerhati dan mengambil tahu hal mengenai Kor Gerak Khas.

“Saya bukan kolonel komandan yang boleh dianggap patung.”

UTAMABERITASultan Johor campur tangan elak peralatan tentera dibeli dengan harga tak masuk...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium