Ahli Parlimen DAP samakan tulisan jawi dengan tahi lembu - pakdin.my

Ahli Parlimen DAP Kepong, Lip Eng menyamakan tulisan jawi sebagai tahi lembu. Berikut adalah hantaran Facebook beliau:

“While education ministers in our neighbouring countries are planning to introduce computer programming language (coding) to their young students, let us not rub cow manure on our faces by introducing khat. Please”

Awal hari Lip Eng telah memuatnaik tulisan tersebut di laman sosialnya, namun selepas menerima kritikan dan kecaman, beliau telah menyunting hantarannya dengan membuang frasa ‘let us not rub cow manure on our faces by introducing khat’.

Tidak lama selepas suntingan tersebut, hantaran tersebut kemudiannya didapati lesap dari laman sosial Ahli Parlimen Kepong itu.

Pada 31 Julai 2019 yang lalu Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah.

Kumpulan itu malah mendakwa sudah menggerakkan beberapa kumpulan lain termasuk mewakili sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk membantah keputusan berkenaan.

Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) juga akan mengadakan perhimpunan yang dijadualkan diadakan pada Isnin depan (5/8/2017) di ibu pejabat Dong Jiao, bagi membantah syor penambahan seni khat Jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang bakal dilaksanakan pada 2020.

https://pakdin.my/tag/vernakular

UTAMABERITAAhli Parlimen DAP samakan tulisan jawi dengan tahi lembu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium