Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALIslam Tidak Wajar Dilihat...

Islam Tidak Wajar Dilihat Melalui Lensa Politik – Raja Nazrin - pakdin.my

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) bertitah merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia putra (PWTC) di sini, hari ini.....Kongres dua hari bermula hari ini hingga 27 September bertemakan "Pemacu Transformasi Ummah".....Turut hadir Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.....

Islam tidak wajar di lihat melalui lensa politik keranalensa politik boleh berubah, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah, Majlis Agama Islam Negeri (Main) adalah institusi bukan politik dan bertanggungjawab secara langsung kepada Raja-raja sebagai Ketua Agama Negeri.

“Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti.

“Dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian,” titah baginda pada Kongres Majlis Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini, Isnin.

Raja Nazrin bertitah bahawa Main dalam kedudukan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

“Peranan Majlis bagaimanapun kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan intelek masih belum berpihak kepadanya.

“(Justeru) dalam mendukung tanggungjawab besar terhadap ummah, Main perlu diperkasakan, menajamkan minda dan mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan lebih substantif,” titah baginda.

Baginda bertitah, peranan Main hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

“Selagi tindak tanduk Main tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf Main sebagai institusistrategik, berpotensi dan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah.

“Ia juga berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku dalam negara,” titah baginda.

Bertemakan Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah, Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia berlangsung pada 26 dan 27 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883