Remaja Ireland hilang: SAR Unit Udara PDRM diperluas - pakdin.my

NILAI – Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang, telah meliputi kawasan Gunung Berembun, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Wan Rukman Wan Hasan berkata pencarian melalui udara yang telah dimulakan sejak pukul 5.40 petang tadi itu, turut meliputi persisiran Sungai Berembun.

“Selain pencarian di darat, kita juga menjalankan operasi pencarian dan pemerhatian dari udara… pencarian telah dilakukan di kawasan Gunung Berembun dan kita tumpu juga di persisiran Sungai Berembun.

“Setakat ini belum ada sebarang petunjuk positif. Tinjauan dari udara akan disambung esok memandangkan cuaca semakin gelap dan sukar untuk membuat pemantauan,” katanya kepada Bernama selepas menyertai SAR melalui udara di sini, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun operasi SAR yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman itu, diteruskan di bahagian darat.

Pencarian melalui udara itu turut disertai Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar.

Semalam, media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada 8 pagi.

Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman (kanan) berbincang dengan Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar selepas mengadakan tinjauan udara bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Pantai hari ini. – foto BERNAMA

UTAMABERITARemaja Ireland hilang: SAR Unit Udara PDRM diperluas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium