Poster pelancongan Perak tiada bahasa kebangsaan - pakdin.my

IPOH – UMNO Perak meminta kerajaan negeri segera mengkaji dan membetulkan kesilapan pada dengan poster pelancongan Perak yang tidak menggunakan tulisan bahasa kebangsaan.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, poster yang hanya menggunakan tulisan bahasa Inggeris dan bahasa Cina itu tidak menggambarkan masyarakat majmuk dan kepelbagaian etnik dan budaya.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan kerajaan Perak sengaja mengabaikan kepelbagaian budaya dan etnik dengan memberikan tumpuan kepada kaum Cina sahaja.

“Rakyat Perak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan kerajaan negeri Perak yang sengaja mengabaikan bahasa kebangsaan.

“Alasan kononnya sengaja tidak meletakkan bahasa Melayu kerana ia akan menjadi poster tersebut terlalu banyak perkataan dan ia tidak kelihatan menarik. Alasan itu tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zolkafly turut mempertikaikan slogan yang digunakan dalam poster tersebut iaitu ‘Perak Where The Story Begin’.

“Perkataan ini seolah-olah ingin menceritakan kisah penghijrahan dan kejayaan kaum Cina dan kejayaan parti DAP di Perak yang berjaya memerintah negeri ini buat kali kedua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

BACA juga: Logo Tahun Melawat Malaysia ciplak?
https://pakdin.my/logo-tahun-melawat-malaysia-ciplak/

UTAMABERITAPoster pelancongan Perak tiada bahasa kebangsaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium