Jumpa mayat tanpa identiti dalam beg pakaian - pakdin.my

MAYAT seorang lelaki berbungkus di dalam beg pakaian ditemui di Jalan 3 Pandan Industri Pandan Indah, Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh orang awam kira-kira pukul 8.52 pagi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi mendapati terdapat satu beg pakaian berwarna biru berbungkus dengan sepasang kaki terkeluar daripada beg tersebut.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian itu berada di dalam beg berwarna biru gelap berjenama Burak dalam keadaan berikat dengan kabel wayar.

“Siasatan juga mendapati tiada sebarang tanda pergelutan di lokasi kejadian dan usaha mengenal pasti identiti mangsa masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat dijerut pada bahagian leher.

Selain itu katanya, terdapat kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau mengecam kain serta beg tersebut boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Saiful Azhar Rahim di talian 011-12116458.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITAJumpa mayat tanpa identiti dalam beg pakaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium