Tak patut sumbangan tabung masjid diberi kepada MAINPP  - pakdin.my

Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak kerana mengarahkan masjid di seluruh negeri untuk menyerahkan sebanyak 10 peratus kutipan tabung Jumaat setiap bulan kepada Tabung Wakaf kerajaan negeri.

Datuk Seri Najib Razak berkata, arahan itu tidak patut kerana hasil pendapatan utama kebanyakan masjid adalah melalui kutipan sumbangan orang ramai.

Sumbangan ini digunakan untuk bayaran operasi, kos penyelenggaraan dan pembaikan masjid, bayaran saguhati imam tambahan atau bilal tambahan, program-program anjuran masjid dan bantuan untuk mereka yang amat memerlukan.

Kutipan itupun kadang-kala tak cukup untuk kegunaan masjid, katanya bekas perdana menteri itu.

Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh senang-senang mahu mengambil RM10 bilion dari kerajaan Pusat untuk projek-projek kroni seperti lebuhraya Pan Island Link yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5 kilometer (RM460 juta setiap km) tetapi masjid-masjid diarahkan untuk menyerah kutipan tabung Jumaat kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan pusat Pakatan Harapan jual aset negara kiri dan kanan serta meminjam purata RM10 bilion setiap bulan.

“Kalau tak cukup dana untuk Tabung wakaf kerajaan negeri., kenapa tak minta sumbangan dari kerajaan pusat?,” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut memuat naik surat penubuhan Tabung Wakaf sumbangan masjid Pulau Pinang daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

Menurut surat tersebut, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 22 November 2018 meluluskan cadangan penubuhan tabung berkenaan untuk membiayai projek-projek pembelian tanah dan hartanah bagi kepentingan Islam.
Sumbangan itu berkuatkuasa mulai bulan Julai lalu. 

Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKTak patut sumbangan tabung masjid diberi kepada MAINPP 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium