Lepas jual aset kepada Singapura, buat hutang baru RM3 bilion - pakdin.my

Khazanah mempertahankan keputusan menjual aset yang dimilikinya di Singapura dengan harga RM4.7 bilion bulan lepas.

Alasan Khazanah ialah kos modal yang ditanggung oleh Duo Galleria dan Duo Towers di Singapura adalah lebih tinggi berbanding pulangan daripada sewa, walaupun kesemua unit berjaya disewakan.

Ini yang saya tak faham.

Kos tanah merupakan bahagian terbesar untuk mana-mana projek hartanah di Singapura.

Tapi kos tanah projek ini untuk Khazanah adalah free!

Kerana ia merupakan sebahagian dari beberapa bidang tanah yang ditukar dengan tanah KTM.

Kos faedah pinjaman di Singapura juga rendah.

Misalnya, kadar faedah bon pinjaman kerajaan di Singapura hanya 1.8% berbanding 3.8% di Malaysia.

Khazanah pernah mengaku minggu lepas bahawa mereka untung besar dengan penjualan aset ini kerana harga penjualan adalah tinggi.

Jika pulangan dari sewa pejabat tidak boleh membiayai kos pinjaman, kenapa pula pembeli Singapura itu mampu membelinya dengan harga yang tinggi?

Ada benar pandangan seorang penganaliss ekonomi bahawa sukar bagi Kahzanah untuk mendapat peluang memiliki aset yang begitu strategik di Singapura tanpa membayar harga premium.

“Saya tidak fikir Singapura akan membenarkan kita memiliki tanah yang strategik sebegitu lagi.”

Beliau turut percaya masa jualan itu dibuat tidak tepat kerana hartanah berkenaan akan memperoleh harga lebih tinggi dalam beberapa tahun lagi.

Baru siap dibina tahun lepas. Tahun ini sudah jual.

BACA sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/08/khazanah-jelaskan-jualan-aset-di-singapura/

Lepas jual aset negara RM4.74 bilion kepada Singapura.

Hari ini pinjam lagi RM3 bilion. Bayar balik lepas PRU15.

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/hutang-negara

Betul lah kata Mat Sabu, Mahathir Bapak Pelingkup Negara

UTAMAEKONOMILepas jual aset kepada Singapura, buat hutang baru RM3 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium