[Video] Penasihat DAP, Lim Kit Siang diboo ketika berucap | PakDin.my - pakdin.my

JOHOR BAHRU – Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menerima boo apabila beliau bercakap mengenai isu khat ketika berucap dalam satu majlis di Johor Bahru pada Jumaat.

Keadaan itu juga menyebabkan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri hanya berucap selama lima minit.

Menurut rakaman yang tersebar, keadaan di bawah pentas program riuh rendah dengan ada yang bersorak memberi sokongan selain bertepuk tangan, tetapi ada juga yang mengeluarkan suara boo.

China Press melaporkan, seorang lelaki juga dilihat merampas mikrofon dan bertanya kepada Kit Siang sama ada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) telah diiktiraf oleh kerajaan.

Apabila Kit Siang turun dari pentas, seorang lagi menghampiri Kit Siang untuk berdebat dengan wakil rakyat itu, orang itu bagaimanapun dihalang dan Kit Siang meninggalkan majlis selepas berada di situ hanya selama 20 minit.

Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan, Kit Siang hanya singgah secara singkat selama 20 minit kerana perlu menghadiri lebih daripada satu majlis pada malam itu.

LIHAT video
https://youtu.be/c4w5bHd8oKE

UTAMAPOLITIK Penasihat DAP, Lim Kit Siang diboo ketika berucap | PakDin.my

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium