Hujan Turun Sejukkan Arafah - pakdin.my

Setelah mengharungi cuaca panas terik hingga 45°C, dengan kehendak Allah bumi Arafah di basahi hujan pada kira-kira jam 2:45 petang waktu Arab Saudi.

Dari dalam khemah terdengar petir menyambar di langit, awan menghitam dan tidak lama kemudian rintik hujan turun, membasahi Tanah Arafah. Semakin lama semakin lebat diiringi angin.

Jemaah dilihat keluar dari khemah megucapkan syukur sambil menadah tangan menadah air jatuh dari langit dan ada yang menagis sambil mengucapkan syukur.

Hujan lebat juga menyebabkan bekalan elektrik terputus dan jemaah masuk  masuk semula ke khemah dan masing- masing melaungkan talbiah dengan suara kuat.

Sebelum ini, ramalan cuaca Arab Saudi tidak ada menyatakan hujan lebat akan berlaku pada hari wukuf.

UTAMABERITAHujan Turun Sejukkan Arafah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium