[Video] Maut selepas bergelut akibat kemalangan jalan raya - pakdin.my

Seorang lelaki maut dipercayai selepas terbabit dalam satu pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Nilai dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes itu dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungai balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

View this post on Instagram

 

Maut selepas bergelut akibat kemalangan jalan raya

A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus) on

UTAMABERITA Maut selepas bergelut akibat kemalangan jalan raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium