Pelabur asing lupus hampir RM600 juta saham tempatan minggu lalu - pakdin.my

Para pelabur luar pesisir terus mengurangkan pendedahan dalam saham-saham disenaraikan sebanyak RM598.1 juta pada minggu lalu.

Semasa bursa dibuka semula pada Selasa ini selepas cuti Hari Raya Aidil Adha, pelabur membawa keluar RM209.6 huta dalam ekuiti-ekuiti tempatan di tengah-tengah pertikaian geopolitik di Argentina dan Hong Kong.

Ia merupakan aliran keluar bersih tertinggi sepanjang minggu, menjadikan bursa tempatan susut di bawah 1,600 mata untuk ditutup kepada paras terendah 1,592.88 mata.

“Bagi asas bulan ke bulan, Ogos menyaksikan aliran keluar sebanyak RM1.90 bilion, menjadikan aliran keluar aliran asing dari Malaysia mencecah RM6.64 bilion atau 57 peratus daripada jumlah aliran keluar asing pada tahun lalu,” kata MIDF Research.

Tambahnya, penyertaan pelabur asing mingguan susut 11.9 peratus dalam nilai dagangan purata harian (ADTV) kepada RM982.2 juta.

Ia merupakan penurunan terkecil dalam kalangan kumpulan-kumpulan pelabur memandangkan pasaran runcit dan dana-dana institusi tempatan menyaksikan kejatuhan mingguan ADTV lebih daripada 15 peratus. 

UTAMAEKONOMIPelabur asing lupus hampir RM600 juta saham tempatan minggu lalu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium