Lelaki Nepal senyum lepas pegang dada rakan sekerja wanita ditahan - pakdin.my

BUTTERWORTH — Seorang lelaki Nepal didakwa memegang buah dada rakan sekerja di sebuah kilang biskut di sini sebelum dia beredar sambil tersenyum.

Ditahan jam 1 pagi kelmarin, ketua polis daerah Seberang Perai Utara berkata suspek, 27 tahun, berbuat demikian terhadap mangsa, 22 tahun, ketika mereka bekerja pada 4.30 petang 12 Julai lalu, lapor Sinar Harian.

Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki itu kemudian beredar sambil tersenyum walaupun suspek dimarahi mangsa yang turut mengancam untuk membuat aduan polis.

“Suspek tidak mengaku mencabul mangsa, namun mengaku ada menolak mangsa di bahagian buah dada berpunca kerana mangsa memakinya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan di kilang tersebut dan dia direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

UTAMABERITALelaki Nepal senyum lepas pegang dada rakan sekerja wanita ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium