Penduduk: Langkawi ‘Diserang’ Bronok - pakdin.my

Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan penduduk pulau ini, namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini.
BACA juga: [Video] Penduduk gempar puting beliung kecil landa Langkawi
https://pakdin.my/video-penduduk-gempar-puting-beliung-kecil-landa-langkawi/

Sejak beberapa hari lalu kawasan tersebut ‘diserang’ bronok atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat yang kelihatan memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan membuatkan masyarakat setempat termasuk kakitangan sebuah resort berhampiran tidak menang tangan memungut hidupan laut tersebut.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Ombak Villa Langkawi, Mohd Hafiz Ramli berkata pihaknya menyedari kawasan pantai di resort tersebut mula dipenuhi dengan hidupan laut yang memiliki tekstur licin dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu semasa proses pembersihan pantai dilaksanakan kakitangannya.

“Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut namun kali ini agak berbeza kerana angin kencang bersama ombak kuat menyebabkan kita jumpa bronok jauh hingga kawasan berpasir di pantai ini.

“Di Langkawi setiap Ogos dan September memang dinantikan oleh penduduk sekitar bagi memungut dan mengumpul bronok yang enak dijadikan kerabu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas, kerisik menjadi makanan eksotik dan wajib cuba sekiranya berkunjung ke pulau peranginan bebas cukai ini.

Sementara itu Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Daerah Langkawi, Azahar Hassan berkata kejadian bronok ditemukan dalam kelompok yang banyak di kawasan pantai berpasir berlaku disebabkan oleh hujan lebat bersama angin kencang.

Beliau berkata kebiasaannya bronok ditemukan di kawasan berselut dan percaya kejadian bronok terdampar di kawasan pantai berpasir berlaku akibat dibawa oleh arus dan ombak kuat.

“Kawasan Kuala Teriang sehingga Pasir Berdengung, Kuala Muda memang kawasan pertumbuhan hidupan laut tersebut dan sering menjadi sumber pendapatan nelayan sekitar kawasan tersebut. Kejadian bronok ditemukan dengan banyak di kawasan berpasir di pantai tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh arus dan ombak kuat yang membawa bronok ke kawasan pantai berpasir,” katanya.- Bernama

Berkaitan:
1. [Video] Langkawi dilanda ribut: Gerai rosak, kenderaan dihempap pokok
https://pakdin.my/langkawi-dilanda-ribut-gerai-rosak-kenderaan-dihempap-pokok/

2. [Video] Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung, angin selaju 100 km sejam | PakDin.my
https://pakdin.my/taufan-lekima-punca-ribut-di-utara-semenanjung/

UTAMABERITAPenduduk: Langkawi 'Diserang' Bronok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium