Ringgit teruskan aliran menurun dibuka rendah berbanding dolar AS - pakdin.my

Ringgit meneruskan aliran menurunnya daripada semalam untuk dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2120/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2110/2150 pada Selasa.

Prestasi ringgit juga seiring dengan yuan China yang terus merosot berbanding dolar AS berikutan pertikaian perdagangan itu.

Pada 5 Ogos, yuan China dilaporkan jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh sedekad, apabila ia bernilai lebih daripada tujuh bagi setiap dolar AS.

“Prestasi lemah terus kekal apabila ringgit dipengaruhi oleh penurunan nilai yuan China kerana kekukuhan dolar menjejaskan pasaran modal Asia yang telahpun terkesan akibat daripada impak negatif perang perdagangan,” kata Rakan Urusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0337/0370 daripada 3.0330/0370 pada Rabu tetapi naik berbanding yen kepada 3.9743/9783 daripada 3.9798/9847.

Ia diniagakan tinggi berbanding euro kepada 4.6686/6723 daripada 4.6704/6753 pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.1441/1482 daripada 5.1353/1419.
— BERNAMA

UTAMAEKONOMIRinggit teruskan aliran menurun dibuka rendah berbanding dolar AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium