Pinjaman Bon Samurai bakal lumpuh sistem ekonomi negara - pakdin.my

Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bimbang dengan keadaan ekonomi semasa apabila Perdana Menteri mengumumkan kerajaan sedang mengkaji untuk menerbitkan satu lagi Bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memaklumkan perkara itu bahawa kerajaan Jepun menawarkan pinjaman yang cukup rendah iaitu pada kadar bawah 0.65 peratus.

“Kita mahu mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati dengan cadangan Jepun kerana mungkin ada udang di sebalik batu.

“Tidak ada “free lunch” jika diberikan tawaran sebegini rupa. Yang pasti, Malaysia tidak akan “makan sushi dengan percuma”,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Ketika bercakap kepada media selepas Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di sini, semalam, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, Malaysia sedang mengkaji untuk menerbitkan satu lagi Bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara.

Beliau berkata, Jepun sedia untuk memberi kerajaan Malaysia pinjaman mudah, iaitu dengan kadar faedah lebih rendah dari kadar sebelum ini.

Menurut Shahir, Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menasihatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya berterus-terang dengan keadaan ekonomi Malaysia.

Kata beliau, pada saat Guan Eng mendabik dada mencanang ekonomi negara makin kukuh, Perdana Menteri pula hendak membuat pinjaman dari negara lain dengan alasan masalah ekonomi negara.

“Jika terus berhutang, kenyataan Guan Eng bahawa hutang negara RM1 trilion bakal menjadi kenyataan.

“Ini jelas menunjukkan PH gagal mengurus ekonomi negara. Pinjaman bon Jepun sekali lagi bakal melumpuhkan sistem ekonomi negara umpama harakiri ekonomi, bukan selamatkan ekonomi,” katanya.

Pada saat Guan Eng mendabik dada mencanang ekonomi negara makin kukuh, Perdana Menteri pula hendak membuat pinjaman dari negara lain dengan alasan masalah ekonomi negara. – MalaysiaGazette

https://pakdin.my/tag/bon-samurai

UTAMAEKONOMIPinjaman Bon Samurai bakal lumpuh sistem ekonomi negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium