UtamaNASIONALPenyelia Syarikat keselamatan maut...

Penyelia Syarikat keselamatan maut dihentak helmet akibat tidak dibayar gaji - pakdin.my

PETALING JAYA – Seorang penyelia di sebuah syarikat ditemui maut dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian dan berlumuran darah di tandas kakitangan keselamatan di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Lee Poh Meng, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pekerja di premis berkenaan pada pukul 3.18 petang.

“Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 6.10 petang yang menunjukkan mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki.

“Suspek merupakan lelaki warganegara India yang dikenali ‘Don’ dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kejadian adalah disebabkan kegagalan mangsa membayar gaji pengawal keselamatan di syarikat terbabit.

“Bagaimanapun, pada pukul 6 petang hari ini, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat tangkapan terhadap tiga individu di pekarangan sebuah kondominium,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kesemua tiga lelaki terbabit terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga Nepal berusia dalam lingkungan 26 hingga 42 tahun.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan pengawal keselamatan di syarikat berkenaan dan kita juga telah merampas sebuah dekoder CCTV bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke PPUM untuk bedah siasat pada esok hari kira-kira pukul 10 pagi,” jelasnya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

https://twitter.com/HakimAWANI/status/1168557920428052481?s=19

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...