Ada perkhabaran baik untuk ummah, rakyat pada 14 Sept - pakdin.my

Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan terdapat perkhabaran baik untuk ummah dan rakyat berbilang kaum dan agama menjelang pelancaran piagam kerjasama antara Umno dan Pas yang akan dimeterai pada 14 September ini.

Setiausaha Agung UMNO itu merujuk keopada laporan berita sebuah portal bertajuk ‘Penyatuan Ummah’ mungkin bertukar menjadi ‘penyatuan nasional’.

Beliau berkata: “Itu hanyalah ramalan..tunggu lah 14hb (September)..ada perkhabaran baik untuk ummah dan rakyat berbilang kaum dan agama,”.

Laporan berita itu memetik sumber terdekat menyatakan jalinan kerjasama antara UMNO dan Pas yang bertemakan perpaduan ummah mungkin akan ditukar kepada perpaduan nasional untuk menjadikan ia lebih inklusif kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Malah kata sumber itu, ada pihak dalam parti terbabit bimbang perkataan ummah disalah ertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata menerusi penggunaan kalimah ‘ummah’ oleh Piagam UMNO-Pas yang akan dimeterai 14 September ini. 

UTAMAPOLITIKAda perkhabaran baik untuk ummah, rakyat pada 14 Sept

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium