Kenyataan Bersama Pemimpin PR – PAS Kena Menghormati Pendirian DAP DAN Buku Jingga - pakdin.my

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
28 September 2011

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuaratjuga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyatsebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuaratjuga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat PakatanRakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainanpolitik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilaisuasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telahdirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
YB TUAN LIM KIT SIANG
YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

UTAMABERITAKenyataan Bersama Pemimpin PR - PAS Kena Menghormati Pendirian DAP DAN Buku...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium