Kenapa Harga Barang Di Selangor Mahal? - pakdin.my

kenaikan-harga-barang-selangor

PENULIS memantau dengan lebih dekat perkembangan harga barangan ini sebaik tahun 2013 melabuhkan tirainya kelmarin.  Sebab dicanang akan berlaku kenaikan harga secara besar-besaran di seluruh negara sebaik 2014 menjelma.

Dari pemerhatian fizikal dan di media-media sosial, yang memekak pasal harga barang naik (tak tahu barang apa yang naik), adalah mereka yang terdiri dari penyokong pembangkang (termasuk keluarga sendiri) sahaja, terutamanya yang menetap di negeri darul Mahal – Selangor.

Hanya di Selangor saja penulis dapati berlaku banyak rungutan mengenai kenaikan harga barang yang kemudiannya dengan mudah di salahkan kepada kerajaan persekutuan.  Negeri-negeri lain tu ada, tapi tersangatlah kurang.

Timbul persoalan kenapa harga barang di Selangor mahal, terutama dalam bab makan dan minum.  Ada restoran mamak dalam negeri ini yang mengenakan caj antara 20 sen hingga 30 sen untuk air suam, berbanding benda sama di negeri lain – percuma atau 10 sen.

Sedangkan Selangor memberikan subsidi air percuma (kecuali pengguna meter pukal).

Risik-risik, rupanya kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor memang mahal.  Subsidi air yang tidak pernah berubah kadarnya sejak 2008 itu (kerana hanya terhad kepada 20m3 pertama sahaja), tidak terpakai kepada premis perniagaan.

Selain itu ada juga kenaikan pelbagai jenis cukai seperti cukai pintu (120%) dan caj lesen perniagaan (400%) yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri, turut menambah tekanan kepada peniaga di negeri ini sehinggakan mengenakan caj yang hampir tidak munasabah kepada pelanggan mereka.

Di Shah Alam contohnya, harga barangan sekolah naik sehingga 120%.  Mungkin peniaga di bandar tersebut tersilap menyangkakan yang naik gaji sehingga melebihi 300% itu adalah rakyat atau kakitangan kerajaan negeri tersebut.

Rupa-rupanya, yang naik gaji melampau itu adalah Menteri Besar, Exco, Spekaer, Timbalan Speaker dan ADUN-ADUNNYA saja – tak lebih 56 orang.

Selain itu ada juga maklumat harga barang sekolah naik melambung di Selangor kerana peniaga dapat maklumat salah yang setiap pelajar di negeri tersebut dapat tambahan RM 200 dari kerajaan negeri untuk membantu pelajar memulakan musim persekolahan.

Hakikatnya, hanya 18,000 pelajar dari keseluruhan setengah juga pelajar di Selangor sahaja yang mendapat baucer membeli kasut Bata sebanyak RM 30 untuk membeli kasut.

Inilah sebenarnya antara punca kenapa harga barangan di Selangor meningkat tinggi.

Dalam masa yang sama, penulis juga yakin penduduk di perumahan rakyat (PPR) yang mencari makan dengan meniaga, turut menaikkan harga barang/perkhidmatan masing-masing untuk menampung kenaikan kos sewa rumah oleh kerajaan negeri sebanyak 100%.

Semua keadaan ini menyumbang kepada pelbagai jenis kenaikan barang dan perkhidmatan yang berlaku di Selangor.  Tak satu pun dari semua kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan persekutuan.

Tapi berapa ramai yang perasan perkara ini?

UTAMAPOLITIKKenapa Harga Barang Di Selangor Mahal?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium