RTM sajikan program menarik sempena Aidiladha - pakdin.my

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyajikan pelbagai program termasuk telemovie dan dokumentari sempena sambutan Aidiladha mulai 17 hingga 22 Julai.

Dalam kenyataan hari ini, RTM memaklumkan dua telemovie akan ditayangkan di TV1 pada 17 Julai bertajuk ‘Tabung Haji Atuk’ (3 petang) dan ‘Rindu Tanpa Batas’ pada 10 malam.

Menjelang sambutan Aidiladha pada 19 Julai pula, dua program iaitu ‘Salam Baitullah Edisi Wukuf’ akan disiarkan pada 6 petang di TV1 dan telemovie ‘Sebelum Pulang’ pada 9 malam di TV2.

Pada 20 Julai, penonton akan disajikan dengan tujuh program khas termasuk telemovie ‘Sejadah Dari Mekah’ pada 8 pagi di TV2, dokumentari ‘Menanti Panggilan Suci’ (9.30 pagi di TV1) dan telemovie ‘Kugenggam Kunci Syurga’ (10 pagi di TV1).

Turut disiarkan pada hari sama ialah dokumentari ‘Pejuang Di Perjalanan Akhir’ di TV1 (12.30 tengah hari) dan pada 22 Julai di TV Okey (5.30 petang).

Sebuah lagi dokumentari bertajuk ‘Masjid Al-Ghazali’ akan menemui penonton pada 1.30 tengah hari 20 Julai di TV1 dan keesokannya pada 9 malam di TV Okey.

RTM turut menyiarkan telemovie ‘Fitrah’ pada 9 malam 20 Julai di TV2 dan dokumentari ‘Menanti Panggilan Haji’ pada hari sama 9 malam di TV Okey manakala pada 21 Julai, telemovie ‘Begitu Janji Tertulis’ akan ditayangkan pada 9 malam di TV2.

“Meskipun sekali lagi sambutannya penuh kesederhanaan dalam situasi seluruh dunia berjuang menentang pandemik COVID-19, RTM tetap mengharapkan seluruh penonton dan pendengar setia salurannya terus ceria dan berbahagia menyambutnya bersama yang tersayang,” menurut kenyataan itu.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai.

— BERNAMA

 

UTAMAGAYA HIDUPRTM sajikan program menarik sempena Aidiladha

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium