Abai Anak, Ibu Dipenjara 4 Tahun - pakdin.my

Melissa-Nawaw-dera-anak

Kerana mengabaikan anak lelakinya dan tidak memberi makanan berzat, seorang ibu dipenjara 4 tahun.

Tertuduh, Melissa Nawawi, 28 tahun mengaku bersalah mendatangkan penderitaan dan kesengsaraan lalu menyebabkan kematian Danish Firdaus Joe Mikeson, 9 bulan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Mac hingga 16 Jun 2013 di Kampung Sebenyis Batu 15 Jalan Kuching Serian.

Menurut fakta kes, pengadu yang juga kakak kandung tertuduh melaporkan tertuduh membawa dua anaknya berusia 3 tahun dan 9 bulan kepadanya.

Pengadu mendapati anak lelaki tertuduh dalam keadaan teruk dengan lebam di muka, dada dan perut sebelum membawanya ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi sebelum meninggal dunia pada jam 10.45 pagi 6 Julai lalu.

Hukuman dijatuhkan majistret Zulhairil Sulaiman berkuatkuasa dari tarikh dia ditahan selepas mempertimbangkan kepentingan awam.

Teman lelaki tertuduh yang ditahan reman sebelum ini, dibebaskan.

 

UTAMABERITAAbai Anak, Ibu Dipenjara 4 Tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium