Abang Maut, Adik Cedera Dalam Nahas Di Lebuh Raya Utara-Selatan Dekat Rembau - pakdin.my

Seorang abang terbunuh manakala adiknya cedera apabila kereta Proton Waja mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Volvo dan lori membawa roti di Km43.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah ke selatan) dekat sini tengah hari Jumaat.

Jurucakap polis berkata Zalfazeri Zahari, 28, dari Kampung Bonggul, Bandar Permaisuri, Terengganu meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sementara adiknya yang memandu kereta itu cedera parah dan dihantar ke hospital yang sama.

Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap itu berkata pemandu dan penumpang kereta Volvo itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.

UTAMABERITAAbang Maut, Adik Cedera Dalam Nahas Di Lebuh Raya Utara-Selatan Dekat Rembau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium