27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Abdul Hadi bimbang hubungan antara kaum jadi keruh

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumaat

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya membuat andaian berhubung kebimbangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kesan negatif pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, bantahan yang disuarakan oleh Abdul Hadi itu tiada kaitan dengan dakwaan ko­nonnya Pas tidak yakin akan menang sekiranya pilihan raya PBT dilaksanakan.

Beliau menegaskan, Kit Siang perlu memahami kebimbangan sebenar Abdul Hadi tentang natijah buruk yang akan menimpa negara sekiranya hanya satu kaum yang memonopoli kemenangan dalam pilihan raya PBT.

“Saya difahamkan, bandar-ban­dar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Melaka menjadi idaman DAP untuk dimonopoli.

“Perkara inilah yang membim­bangkan Presiden Pas kerana dikhuatiri akan mengeruhkan hu­bungan antara kaum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang menyifatkan bantahan Abdul Hadi bukan sahaja menunjukkan beliau tidak yakin Pas akan memenangi pilihan raya PBT malah, tidak selaras dengan hasrat pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas turut mengingatkan DAP agar jangan memaksa parti-parti lain dalam pakatan pembangkang untuk mengikut telunjuknya.

“Pelaksanaan pilihan raya PBT mesti disepakati oleh ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...