ABIM Gelar Wan Azizah Sebagai ‘Sayyidatina Khadijah’ - pakdin.my

wan azizah khadijahAIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Turut hadir menyaksikan majlis anugerah itu adalah suaminya yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah.

Budaya mengaitkan tokoh dengan tokoh-tokoh Islam merupakan satu trend terbaru, di mana sebelum ini, Anwar pernah menggelarkan tokoh bukan Islam, Lim Guan Eng dan Baru Bian sebagai ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

UTAMAPOLITIKABIM Gelar Wan Azizah Sebagai ‘Sayyidatina Khadijah’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium